Thursday, April 22, 2010

Rahsia Aku

aku berjalan tanpa dibayangi diari yang lampau, matahari menjadi peneman, berfikir seolah besok akan kiamat, menilai dosa dan menggunakan jari mengira pahala, langkah yang separa lemah, tunduk yang tidak menandakan aku segan, mengorek-ngorek poket yang hanya ada seringgit, berahikan rokok dan air, memikirkan segala di mana letak nya diri aku nanti, ianya dua...syurga atau neraka!

duduk di sudut kecil di perot bumi, tapak yang meninggalkan kesan lopak-lopak air hanya membuatkan aku rimas, terbayang waktu kecil yang di kelilingi arwah opah dan atuk, kami ber3 rapat dan sangat rapat, ibu dan ayah keluar mencari rezeki dan hanya meninggalkan kucupan rindu setiap pagi, rasa bertuah di kelilingi manusia yang tidak menjerat aku ke dalam masalah mereka, sekali lagi aku mencarut di dalam hati melihat rakan sebaya yang berjalan di depan mata memandang sinis terhadap aku ( pukimak)!

ada banyak bezanya antara dulu dan sekarang, arwah opah pernah zikir di telinga aku kerana aku teramat buas dan buas 'hah! ini ke cucu kau yang buas ya rabbi tuh?', aku tergelak kecil, perhatin yang dulunya 300 % terhadap aku sikit demi sedikit beralih arah, manja kecil menjadi 'manja' di waktu dewasa....

kadang-kadang, aku mengimpikan hidup yang serba mewah, tetapi aku sedar kemewahan aku membuatkan aku rosak dan teros rosak, semua itu hikmah dari NYA....aku pasrah.....


hahahahhaa, sewel tulis macam tu...but, itu yang aku rasa sekarang..

No comments:

Post a Comment

jangan komen kalu tak paham!