Monday, November 19, 2012

23 September 2012

Jujur aku tak sangka tarikh tu boleh membuatkan aku teringat sesuatu. Bukan sejarah hitam atau tragedi dirogol beramai-ramai tetapi aku kehilangan sesorang yang paling paling bermakna dalam hidup aku. Yes, IBU! Arwah ibu sakit sebulan, Alhamdulillah Tuhan permudahkan segalanya. Bukan sebab ibu tak terseksa tetapi aku tak terkilan. Sebulan aku selalu lewat pergi kerja dan hampir setiap hari. Setaip pagi sebelum pergi kerja aku akan mandikan ibu, balik kerja akan mandikan ibu. Malam pulak tidak pukul 2 -3 pagi sebab gilir-gilir jaga dengan adik. Dalam tempoh sebulan sakit, 2 minggu duduk hospital. 2 minggu duduk rumah menghabiskan sisa-sisa hidup dengan anak-anak. Alhamdulillah, tak semua orang dapat peluang menjaga ibunya sendiri. Basuh berak ibunya sendiri. Tadahkan muntah ibunya sendiri. Berjaga sampai pagi. Hantar ulang alik hospital. Jangan cakap pasal sedih, pasrah dan redha. Kalau aku takde iman, takde pegangan agama mesti dah macam-macam benda aku buat. Menitis air mata aku teringat kenangan kitorang bersama. Masakan tidak, siapa yang pergi finance kat Shah Alam nak selesaikan yuran aku? Siapa yang call kak lyn mintak bagi duit kat aku? Siapa yang tiap-tiap minggu ulang alik Shah Alam bagi duit belanja kat aku? Siapa yang akan duduk depan rumah hampir setiap hari tunggu aku balik kerja? Siapa yang takkan bagi aku keluar selagi aku tak makan masakan dia? Siapa yang asyik membebel suruh berjimat? Siapa yang selalu ajak aku pergi cari langsir setiap kali hari raya? Siapa yang akan terkial-kial kendong bunga masa bulan puasa dengan dia? Siapa yang akan pilih kaler baju raya setiap tahun? Siapa lagi aku nak hantar pergi sana sini? Banyak, sangat banyak.. tahu tak hidup aku KOSONG! aku LOST! yes, semua orang nampak aku keluar lepak ketawa, mencarut macam takde pedoman hidup tapi tahu tak apa yang aku rasa? Hari-hari hati menangis. Paling aku tak sangka, aku hanya sempat memblas jasa arwah setahun sahaja. Benda yang terakhir arwah mintak ialah belikan pinggan mangkuk. Yes pinggan mangkuk kegemaran arwah, nak dijadikan cerita minat sangat dengan benda tu pinggan mangkuk harga DUA RIBU buat display dekat rak tv. Nak sentuh pun takut. Semuanya kenangan.......

Tuesday, April 24, 2012

Latar belakangkan gunung Fiji.. Kau ada??1

Sekali lagi.. Kawan

Secara jujur dan terus terangnya aku bukanlah manusia yang suka berkawan, berpelesran macam kucing miang semata-mata nak tambah kawan.. nak2 lagi super duper malapetaka bila kita cedok kawan orang lain lepas tu keluar senyap-senyap sampai jadi bestfren... klimaks cerita bila dorang dah kawan baik lepas ko pulak yang adu domba sebagai parasit! kelakar kan? Pada aku, satu kelebihan bila kita berkawan dan mereka di anggap sebagai abang dan kakak. Sebab tu aku tak suka berkawan dengan budak yang sebaya dengan aku. Nak label aku memilih? memang aku memilih dengan siapa aku nak lepak dan yang paling penting untuk share tentang hidup aku.. Padah bila berkawan, asal gado je maki hamun cerita pekong datuk nenek beromen masa zaman jepun semua keluar. Tak salah buat benda sebab dah memang adat tapi jadi kelakar bila kita racun kawa kawan kawan kawan lain untk turut sama benci. Risiko bila berkawan? Biasalah bila kene tegur, kene sekolah sikit dah sentap.. nak-nak masa tu tak kene dengan cuaca dan keadaan. Tengah-tengah ribut taufan ko sibuk nak tarbiah. malapetaka ke idok? Bila berkawan dan menjadi rapat mesti la cerita dalam kain kau semua kawan-kawan kene tau, tapi bila dah kantoi menyalak macam anjing?! EH! ke memang anjing? sorry la aku tak takut nak label kau macam tu sebab benda tu memang hakikat... Aku tak fed up pun nak berkawan sebab aku tau bila sakit besok kawan-kawan jugak la yang datang ziarah, bila mati besok kawan-kawan jugak la yang sedekah fatihah... Aku tak pernah penat nak jaga hati kawan, gurau-gurau lancau tu biasalah... takde siapa yang tahan dengan mulut aku selain kawan-kawan aku..

Main opis2

Pakai baju office

Monday, April 16, 2012

Salam 1Nebes



Nebes tak tengok gambar aku macam tu? kalau tak nebes pergi bunuh diri sekrang... hahahahahahaha

Tuesday, April 10, 2012

JOM?

Setahun tanya diri sendiri dosa apa yang aku buat sampai kene duga macam tu.. Tapi doa tak putus-putus. Terkinja-kinja kat club, buat benda-benda tak elok tapi aku tak pernah lupa yang SATU. Sudah pun berdoa, senang pun berdoa.

Tahun 2012 seolah-olah membawa tuah pada aku. Bukan takbur tapi Allah maha adil. Siapa tak percaya aku nasihatkan pergi berjemaah kat depan patung gajah.

Naik turun hidup tu biasa. Kadang-kadang orang sanjung, kadang-kadang kene tindas. Nak menangis nanti dilabel pondan jadi pasrah. Nangis sorok-sorok lagi mungkin boleh mengembalikan maruah.

Manusia ada perangai. Kalau datang nisbah bebal maka bebal la kau sepanjang-panjang cerita. Tugas sebagai wartawan takde la mencabar sangat tapi kalau dah masa DEADLINE boleh kering air mani aku tahan neves. Yela kalau tak siap story nanti mulalah orang jeling hujung mata.

Takpe, aku bertahan demi mempertahankan maruah kaum hawa. EH! hahahahaha

Nampaknya jadi wartawan mencabar sangat dengan multi-task yang aku rasa sebeban gunung Fiji atas kepala ni. Keputusan yang di ambil untuk menjadi seorang PR setelah hampir setahun meninggalkan dunia propa2 ni moga-moga membuahkan hasil dan di murahkan rezeki.

Sabar okay? aku buat event aku promote kat blog nanti... eyh korang rajin tak? jom la follow kat twitter? FB tu medan pelacuran aku je.. hahahahahahahha

Tuesday, March 6, 2012

Konsep Kehidupan

Dalam dunia ni yang di tuduh akan sentiasa menjadi bahan bualan kononnya bersalah. Yang mendakwa akan sentiasa di berikan tepukan kemenangan tanda menyokong. Keadilan? Rasanya dah tak wujud dalam dalam dunia ni.

Ye, berkonsepkan talam dua muka tembok besar China, fitrahnya bukanlah zakat yang hendak dibayar dengan wang ringgit tetapi fitnah dan rekaan cerita yang maha melampau.

Perkara yang bukan sekali, dua kali, tiga kali berlaku resam untuk menyambung kehidupan di dunia fana. Masakan tidak, sejak dari kecil kita di asuh dengan kesusahan melainkan bapak kita kerabat Brunei.

Tak payah pasrah, tegakkan kebenaran! Hak untuk bersuara bukan kat kedai kopi je, hakim mahkamah yang belajar di luar negara pun sudi mendengar hujah!

Kalau nak cerita kematangan kerana umur pergi borak dalam jamban. Benda tu syirik!

Seruan aku ialah, pergi tepi loji makan taik banyak-banyak supaya kurang sikit bebal kat kepala otak tu! TQ

Thursday, February 2, 2012

Turutan kehidupan

Semalam aku bercerita tentang orang, harini aku bercerita tentang diri sendiri... tak best!

Aku dah meluat, DRAMA? ahahahah everywhere! jangan nak salahkan takdir la bodoh! hidup kau memang carca merba! apa yang nak kau dah dapat.. then apa lagi tak xcukup?! kote sepanjang roti Delifrance?

aku tak istilahkan kau MUSIBAT tapi persis... eyh jujur aku tak beli modal nak kutuk kau sebab aku dah lama beli modal tu.. takde apa yang penting pasal diri kau lagi...

kenapa skrang baru kau menggesel2 kat aku? kenapa tak masa aku perlukan boneka untuk jadi pelengkap hidup aku? Hanis marah aku percaya KARMA jadi aku nak istilahkan kau sebagai PERCISAN!

Wednesday, February 1, 2012

Alkisah Hati.... puiii!

love? apa tu? sampah sarap? haaa... nampak tak ada unsur2 kecewa kat situ? hahahahaha... tabah jela nak buat camaner kan? bukan tak laku.. eh?

'hafiz, u tulis novel boleh? i bagi masa 3 bulan nak siapkan? nanti majalah fesyen pun i nak u handle?" wow!!!!!!!!!!!!!!!!! apa yang aku mampu ucapkan ialah Alhamdulillah...

memang cita-cita aku nak jadi seorang penulis walaupun penulisan aku hancur berderai tapi aku cover jugak 10 muka surat.. apa2 jela org nak cakap.. tak payah hidup glamor pergi event sana sini nak naikkan diri.. cukup duduk diam2 bersosial secara senyap..

Kawan2? biasalah adat, kalau melayu ada adat berkawan pun ada adat. apa nak kisah? nak heran kalau harini kawan besok bergaduh? pasal duit itu sudah tentu tapi kalau bergado pasal kawan tikam kawan lagi biasa di dengar... alkisahnya di tindas... hahaha baiklah!


ish mana ada aku hentam sesiapa.. pengalaman kan? kau jugak yang cakap kan? apa sahaja yang kau cakap semua org akan dengar.. SUCI kan? hahahah puiiiii!!

talking about my life... hampir lengkap! aku tak gunakan istilah keseorangan sebab aku sentiasa ada org2 di sekeliling aku... ish malas la nak bongkak konon2 dia itu ini... cukup aku je yang tahu!

next time nak post gambar pulak la... aku nak meriahkan lagi blog ni sebab dulu org ber blog sebab terennddddd but pada aku blog adalah sebahagian taman permainan aku...

*jangan lupa dengar lagu Sheila Majid dengan Yuna ok? * hahahahahahah

Wednesday, January 25, 2012

Kembali

Hye, tahun 2011.....

Sejuta satu kengangan untuk aku lupakan. Pahit yang teramat sampai dilabelkan gila. Tak tahu mana silap atau aku yang tersilap memilih. Tidak menyalahkan atau mengaku salah. Masing-masing.

2011 adalah tahun belajar dan di ajar oleh persekitaran. Ekonomi dan sosio kehidupan aku berubah. Sangat Berubah. Hujan tak sampai ke petang tapi kalau taufan di tengah hari macam mana? Terumbang ambing bagai di lautan gelora.

Perumpaan sampah dah takde. Sebab aku bukan sampah. Nilai maruah aku lebih tinggi dari dia. Sesungguhnya Tuhan MAHA adil. Dibukakan jalan supaya mendapat petunjuk dan hari ini.....

2012!

Homai, dulu aku tak suka baca buku sekolah... buku kene buang dengan ayah! sebab tu sekolah tak pandai. SPM ada satu A je itupun bahasa melayu. meskipun kuat mencarut tapi itu adalah aku. hey babi! cari kehidupan yang hakiki!

Bergelar sebagai wartawan bukan tugas yang mudah untuk aku galas. SUSAH! cuba bayangkan kalau takde idea nak menulis? terkejar2 macam babi kesepian antara story dan assignment.. cuba bayangkan aku berpeluh2 sampai 6 jam di depan Wisma Pas semata-mata nak dengar ucapan yang tah pahapa?

Cuba bayangkan aku naik bus ke Kelantan bersama DUA kamera. cash money SERIBU, hujan sepanjang jalan lepas tu sampai sana kene bergaul dengan pak cik-pak cik yang aku tak tahu mana asal usul mereka. TAWAKAL jela!

Cuba fikir kenapa aku dilahirkan sebagai Muhammad Hafizuddin? Intan payung Cik Ida dan berspesis pelik?

nanti aku cerita... aku ada twitter, kalau nak tambah meluat dengan aku follow la @zudhafiz