Monday, November 19, 2012

23 September 2012

Jujur aku tak sangka tarikh tu boleh membuatkan aku teringat sesuatu. Bukan sejarah hitam atau tragedi dirogol beramai-ramai tetapi aku kehilangan sesorang yang paling paling bermakna dalam hidup aku. Yes, IBU! Arwah ibu sakit sebulan, Alhamdulillah Tuhan permudahkan segalanya. Bukan sebab ibu tak terseksa tetapi aku tak terkilan. Sebulan aku selalu lewat pergi kerja dan hampir setiap hari. Setaip pagi sebelum pergi kerja aku akan mandikan ibu, balik kerja akan mandikan ibu. Malam pulak tidak pukul 2 -3 pagi sebab gilir-gilir jaga dengan adik. Dalam tempoh sebulan sakit, 2 minggu duduk hospital. 2 minggu duduk rumah menghabiskan sisa-sisa hidup dengan anak-anak. Alhamdulillah, tak semua orang dapat peluang menjaga ibunya sendiri. Basuh berak ibunya sendiri. Tadahkan muntah ibunya sendiri. Berjaga sampai pagi. Hantar ulang alik hospital. Jangan cakap pasal sedih, pasrah dan redha. Kalau aku takde iman, takde pegangan agama mesti dah macam-macam benda aku buat. Menitis air mata aku teringat kenangan kitorang bersama. Masakan tidak, siapa yang pergi finance kat Shah Alam nak selesaikan yuran aku? Siapa yang call kak lyn mintak bagi duit kat aku? Siapa yang tiap-tiap minggu ulang alik Shah Alam bagi duit belanja kat aku? Siapa yang akan duduk depan rumah hampir setiap hari tunggu aku balik kerja? Siapa yang takkan bagi aku keluar selagi aku tak makan masakan dia? Siapa yang asyik membebel suruh berjimat? Siapa yang selalu ajak aku pergi cari langsir setiap kali hari raya? Siapa yang akan terkial-kial kendong bunga masa bulan puasa dengan dia? Siapa yang akan pilih kaler baju raya setiap tahun? Siapa lagi aku nak hantar pergi sana sini? Banyak, sangat banyak.. tahu tak hidup aku KOSONG! aku LOST! yes, semua orang nampak aku keluar lepak ketawa, mencarut macam takde pedoman hidup tapi tahu tak apa yang aku rasa? Hari-hari hati menangis. Paling aku tak sangka, aku hanya sempat memblas jasa arwah setahun sahaja. Benda yang terakhir arwah mintak ialah belikan pinggan mangkuk. Yes pinggan mangkuk kegemaran arwah, nak dijadikan cerita minat sangat dengan benda tu pinggan mangkuk harga DUA RIBU buat display dekat rak tv. Nak sentuh pun takut. Semuanya kenangan.......

1 comment:

  1. Hello Admin!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

jangan komen kalu tak paham!