Monday, September 14, 2009

HADIAH MU UNTUK DIRI KU

DKNY? 5 album artis pujaan? apa tuh? hadiah yang aku harapkan sempena 2 dekad menumpang di bumi Allah. 17 September 1989, lahirkan seorang bayi lelaki tetapi akhirnya berpewatakan perempuan. bukan drag, tapi mempunyai naluri keibuan yang sangat tinggi! hatinya mudah tersentuh, kurang bijak dalam pelajaran, malas membaca, penderhaka, peminat lagu yang tenang, suka pegi club, suka bangun lambat, ratu ponteng class dan macam-macam lagi...hurm...sapa dia tuh? mestilah Muhammad Hafizuddin...he's not hot, he's not even clever but he got a good heart...

mungkin sempena ulang tahun kelahiran yang bermakna ini, aku mangharapkan hadiah yang super duper bermakna dari semua orang! aku tak mintak DKNY atau 5 album artis pujaan tetapi aku perlukan persahabatan dan kasih sayang yang kukuh dari kawan-kawan semua. pada aku yang wujud dan hidup dalam dunia fantasi aku ialah keluarga dan kawan-kawan bukan kekasih!

aku mahukan persabatan yang kekal, tiada pergaduhan, sengketa, caci-caci belakang, jelous kiri kanan, stalker, carut depan-depan, plastik, mulot longkang dan macam-macam gejala sial yang aku sendiri membencinya!kawan yang baik bukan kawan yang bermuka-muka tetapi kawan yang baik adalah kawan yang pandai menjaga hati dan perasaan sesama mereka, bila buat salah cepat-cepat mintak maaf! walaupun kekasih sentiasa berkepit di sisi tetapi persahabatan lebih penting dari segala-galanya!!

No comments:

Post a Comment

jangan komen kalu tak paham!