Monday, November 19, 2012

23 September 2012

Jujur aku tak sangka tarikh tu boleh membuatkan aku teringat sesuatu. Bukan sejarah hitam atau tragedi dirogol beramai-ramai tetapi aku kehilangan sesorang yang paling paling bermakna dalam hidup aku. Yes, IBU! Arwah ibu sakit sebulan, Alhamdulillah Tuhan permudahkan segalanya. Bukan sebab ibu tak terseksa tetapi aku tak terkilan. Sebulan aku selalu lewat pergi kerja dan hampir setiap hari. Setaip pagi sebelum pergi kerja aku akan mandikan ibu, balik kerja akan mandikan ibu. Malam pulak tidak pukul 2 -3 pagi sebab gilir-gilir jaga dengan adik. Dalam tempoh sebulan sakit, 2 minggu duduk hospital. 2 minggu duduk rumah menghabiskan sisa-sisa hidup dengan anak-anak. Alhamdulillah, tak semua orang dapat peluang menjaga ibunya sendiri. Basuh berak ibunya sendiri. Tadahkan muntah ibunya sendiri. Berjaga sampai pagi. Hantar ulang alik hospital. Jangan cakap pasal sedih, pasrah dan redha. Kalau aku takde iman, takde pegangan agama mesti dah macam-macam benda aku buat. Menitis air mata aku teringat kenangan kitorang bersama. Masakan tidak, siapa yang pergi finance kat Shah Alam nak selesaikan yuran aku? Siapa yang call kak lyn mintak bagi duit kat aku? Siapa yang tiap-tiap minggu ulang alik Shah Alam bagi duit belanja kat aku? Siapa yang akan duduk depan rumah hampir setiap hari tunggu aku balik kerja? Siapa yang takkan bagi aku keluar selagi aku tak makan masakan dia? Siapa yang asyik membebel suruh berjimat? Siapa yang selalu ajak aku pergi cari langsir setiap kali hari raya? Siapa yang akan terkial-kial kendong bunga masa bulan puasa dengan dia? Siapa yang akan pilih kaler baju raya setiap tahun? Siapa lagi aku nak hantar pergi sana sini? Banyak, sangat banyak.. tahu tak hidup aku KOSONG! aku LOST! yes, semua orang nampak aku keluar lepak ketawa, mencarut macam takde pedoman hidup tapi tahu tak apa yang aku rasa? Hari-hari hati menangis. Paling aku tak sangka, aku hanya sempat memblas jasa arwah setahun sahaja. Benda yang terakhir arwah mintak ialah belikan pinggan mangkuk. Yes pinggan mangkuk kegemaran arwah, nak dijadikan cerita minat sangat dengan benda tu pinggan mangkuk harga DUA RIBU buat display dekat rak tv. Nak sentuh pun takut. Semuanya kenangan.......

Tuesday, April 24, 2012

Latar belakangkan gunung Fiji.. Kau ada??1

Sekali lagi.. Kawan

Secara jujur dan terus terangnya aku bukanlah manusia yang suka berkawan, berpelesran macam kucing miang semata-mata nak tambah kawan.. nak2 lagi super duper malapetaka bila kita cedok kawan orang lain lepas tu keluar senyap-senyap sampai jadi bestfren... klimaks cerita bila dorang dah kawan baik lepas ko pulak yang adu domba sebagai parasit! kelakar kan? Pada aku, satu kelebihan bila kita berkawan dan mereka di anggap sebagai abang dan kakak. Sebab tu aku tak suka berkawan dengan budak yang sebaya dengan aku. Nak label aku memilih? memang aku memilih dengan siapa aku nak lepak dan yang paling penting untuk share tentang hidup aku.. Padah bila berkawan, asal gado je maki hamun cerita pekong datuk nenek beromen masa zaman jepun semua keluar. Tak salah buat benda sebab dah memang adat tapi jadi kelakar bila kita racun kawa kawan kawan kawan lain untk turut sama benci. Risiko bila berkawan? Biasalah bila kene tegur, kene sekolah sikit dah sentap.. nak-nak masa tu tak kene dengan cuaca dan keadaan. Tengah-tengah ribut taufan ko sibuk nak tarbiah. malapetaka ke idok? Bila berkawan dan menjadi rapat mesti la cerita dalam kain kau semua kawan-kawan kene tau, tapi bila dah kantoi menyalak macam anjing?! EH! ke memang anjing? sorry la aku tak takut nak label kau macam tu sebab benda tu memang hakikat... Aku tak fed up pun nak berkawan sebab aku tau bila sakit besok kawan-kawan jugak la yang datang ziarah, bila mati besok kawan-kawan jugak la yang sedekah fatihah... Aku tak pernah penat nak jaga hati kawan, gurau-gurau lancau tu biasalah... takde siapa yang tahan dengan mulut aku selain kawan-kawan aku..

Main opis2

Pakai baju office

Monday, April 16, 2012

Salam 1Nebes



Nebes tak tengok gambar aku macam tu? kalau tak nebes pergi bunuh diri sekrang... hahahahahahaha

Tuesday, April 10, 2012

JOM?

Setahun tanya diri sendiri dosa apa yang aku buat sampai kene duga macam tu.. Tapi doa tak putus-putus. Terkinja-kinja kat club, buat benda-benda tak elok tapi aku tak pernah lupa yang SATU. Sudah pun berdoa, senang pun berdoa.

Tahun 2012 seolah-olah membawa tuah pada aku. Bukan takbur tapi Allah maha adil. Siapa tak percaya aku nasihatkan pergi berjemaah kat depan patung gajah.

Naik turun hidup tu biasa. Kadang-kadang orang sanjung, kadang-kadang kene tindas. Nak menangis nanti dilabel pondan jadi pasrah. Nangis sorok-sorok lagi mungkin boleh mengembalikan maruah.

Manusia ada perangai. Kalau datang nisbah bebal maka bebal la kau sepanjang-panjang cerita. Tugas sebagai wartawan takde la mencabar sangat tapi kalau dah masa DEADLINE boleh kering air mani aku tahan neves. Yela kalau tak siap story nanti mulalah orang jeling hujung mata.

Takpe, aku bertahan demi mempertahankan maruah kaum hawa. EH! hahahahaha

Nampaknya jadi wartawan mencabar sangat dengan multi-task yang aku rasa sebeban gunung Fiji atas kepala ni. Keputusan yang di ambil untuk menjadi seorang PR setelah hampir setahun meninggalkan dunia propa2 ni moga-moga membuahkan hasil dan di murahkan rezeki.

Sabar okay? aku buat event aku promote kat blog nanti... eyh korang rajin tak? jom la follow kat twitter? FB tu medan pelacuran aku je.. hahahahahahahha

Tuesday, March 6, 2012

Konsep Kehidupan

Dalam dunia ni yang di tuduh akan sentiasa menjadi bahan bualan kononnya bersalah. Yang mendakwa akan sentiasa di berikan tepukan kemenangan tanda menyokong. Keadilan? Rasanya dah tak wujud dalam dalam dunia ni.

Ye, berkonsepkan talam dua muka tembok besar China, fitrahnya bukanlah zakat yang hendak dibayar dengan wang ringgit tetapi fitnah dan rekaan cerita yang maha melampau.

Perkara yang bukan sekali, dua kali, tiga kali berlaku resam untuk menyambung kehidupan di dunia fana. Masakan tidak, sejak dari kecil kita di asuh dengan kesusahan melainkan bapak kita kerabat Brunei.

Tak payah pasrah, tegakkan kebenaran! Hak untuk bersuara bukan kat kedai kopi je, hakim mahkamah yang belajar di luar negara pun sudi mendengar hujah!

Kalau nak cerita kematangan kerana umur pergi borak dalam jamban. Benda tu syirik!

Seruan aku ialah, pergi tepi loji makan taik banyak-banyak supaya kurang sikit bebal kat kepala otak tu! TQ